Cari @ Amanz

Google Sitemap Generator Baru Dari Google

Oleh Aman

Link Copied!

Google kini telah memperkenalkan Google Sitemap Generator yang baru untuk memudahkan enjin carian mereka memperlihatkan keputusan dan hasil carian yang lebih efisyen. Google Sitemap Generator ini dikhaskan kepada para pembangun laman web, yang mana ianya akan mencari dan menjejaki URL yang baru dan diubahsuai berdasarkan trafik pengunjung, fail log dan fail-fail yang berkaitan pada server.

Google Sitemap Generator
Aksi Google Sitemap Generator Di Server [via]

Melaluinya, Google Sitemap Generator akan dapat mencari kesemua URL ini, dan seterusnya mengira metadata yang berkaitan, dan menjadikan Sitemap anda lebih efektif berbanding sebelumnya. Selain itu, Google Sitemap Generator juga boleh membantu anda membuatkan beberapa fail Sitemap seperti Sitemap XML, Sitemap Mudah-Alih dan Sitemap Carian Kod. Sitemap XML adalah standard fail Sitemap yang digunapakai oleh enjin carian, manakala Sitemap Mudah-Alih adalah untuk laman web yang mesra peralatan mudah-alih seperti telefon bimbit. Sitemap Code Search pula adalah untuk laman yang membolehkan para pengunjungnya melihat kod sumber.

Selain daripada itu, Google Sitemap Generator juga secara terus menghantar ping kepada Google Blog Search sebaik sahaja ada artikel baru.

Google Sitemap Generator didatangkan sebagai plug-in server yang mana boleh dipasang pada server Linux ataupun Windows. Anda boleh membaca panduan memasangnya pada server anda di dokumentasi yang disediakan oleh Google sendiri.


Komen ()