Live Calendar Menerima Impak Wave 3

Live Calendar Menerima Impak Wave 3

Diterbitkan pada Jan 15, 2009 oleh .

Nampaknya Wave 3 daripada Microsoft masih belum dihentikan, apabila hari ini, Microsoft memperkenalkan Windows Live Calendar yang baru. Ianya kini diperkenalkan dalam lebih 45 bahasa, dan kini boleh digunakan oleh para pengguna seluruh dunia melalui pilihan bahasa ibunda mereka. Versi baru ini membawakan antaramuka Windows Live Wave 3 bersama-sama dengan beberapa pembaharuan yang baru.

Kini, Windows Live Calendar turut menyokong pelayar web Safari bersama-sama pelayar web yang lain. Selain daripada itu, akses pantas kepada acara baru (new event), to-do, kalender, dan acara sosial disediakan. Microsoft juga berjaya mengintegrasikan Windows Live Event pada Windows Live Calendar, memudahkan pengguna berkongsi gambar dan berbincang bersama satu sama lain.

Sebelum ini, pihak pembangun Windows Live telah mengumumkan mengenai penutupan sementara bagi servis Windows Live Calendar pada 13 Januari, untuk memperkenalkan beberapa ciri-ciri baru dan beberapa fungsi tambahan.


TIPS & ULASAN