Cari @ Amanz

Mulai minggu depan, Google bakal menghentikan pembangunan Google Notebook, sekaligus tiada lagi fungsi baru yang bakal diperkenalkan pada Google Notebook. Selain daripada itu, tiada lagi pendaftaran baru yang dibenarkan dan juga tiada lagi sokongan kepada Notebook Extension.

Walaubagaimanapun, pengguna sedia ada boleh terus menggunakan Google Notebook dan akses data-data mereka. Sekiranya anda merupakan pengguna baru, anda boleh menggunakan beberapa produk alternatif Google seperti:

  • Google Docs – Cara mudah untuk membuat dan berkongsi artikel di internet.
  • Task di GMail – Cara mudah untuk membuat dan menguruskan todo list melalui GMail.
  • Google Bookmark dan juga SearchWiki
  • © 2024 Amanz Media Sdn Bhd