Cari @ Amanz

Office 14 – aplikasi pejabat daripada Microsoft yang terbaru akhirnya telah memasuki peringkat alpha. Walaubagaimanapun, buat masa ini, hanya beberapa orang yang terpilih sahaja dapat cuba menggunakannya. Hari ini, beberapa paparan antaramuka Office 14 Alpha mula diedarkan di internet.

Office 14 - About
Halaman About Pada Office 14

Walaupun senarai aplikasi belum lagi didedahkan oleh Microsoft, melalui paparan yang diedarkan melalui internet ini, kita dapat tahu Office 14 menyertakan Access 14, Excel 14, OneNote 14, Outlook 14, PowerPoint 14, Project 14, Word 14, dan beberapa aplikasi tambahan yang lain.

Office 14 - Access
Office 14 – Access

Office 14 - Word
Office 14 – Word

Office 14 Beta dijangka akan dilepaskan pada bulan Mei dan versi penuh dijangka akan dikeluarkan pada suku tahun seterusnya.

Via : Neowin

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd