Carian
YouTube TV Melalui Wii dan PS3
January 16, 2009 Aman

Jikalau sebelum ini Yahoo! mengumumkan mereka akan membawa internet ke televisyen melalui Yahoo! Connected TV, hari ini YouTube telahpun membawa internet ke televisyen. Walaubagaimanapun, buat masa terdekat ini, anda memerlukan Sony PS3 ataupun Nintendo Wii untuk menikmatinya.

Sekiranya anda menggunakan Sony PS3 ataupun Nintendo Wii, anda boleh terus melayari YouTube TV. YouTube masih lagi belum menyokong Xbox. Anda boleh menonton dan berkongsi video dengan hanya menggunakan alat kawalan jauh pada sebarang jenis televisyen. Sama seperti Yahoo!, YouTube juga bekerjasama bersama beberapa pengeluar televisyen dalam mengeluarkan televisyen yang sedia dipasang aplikasi yang menyokong internet dan laman web mereka. Mungkin tidak lama lagi, anda dapat melayari laman aMaNz ini hanya melalui televisyen.

Komen