MySpace Bakal Menjadi Penyedia Perkhidmatan Emel

MySpace Bakal Menjadi Penyedia Perkhidmatan Emel

Diterbitkan pada Jan 16, 2009 oleh .

Laman sosial terkemuka, MySpace dikatakan, kini dalam perancangan untuk memperkenalkan khidmat emel percuma kepada para pengguna seluruh dunianya dengan alamat berupa [nama]@myspace.com. Sekiranya perkara ini adalah benar, ianya bakal meletakkan MySpace sebagai penyedia emel ketiga terbesar selepas Microsoft (Hotmail) dan Yahoo!.

Perkara ini dapat diketahui oleh Michael Arrington selepas berlaku perubahan alamat emel staf-staf MySpace kepada domain MySpace-Inc.com sama seperti yang dilakukan oleh Yahoo! ketika mereka mahu memperkenalkan perkhidmatan emelnya.

Buat masa kini, MySpace menyediakan perkhidmatan menghantar mesej diantara satu sama lain yang berdaftar didalam komuniti mereka. Selain itu, untuk log masuk ke dalam MySpace, mereka masih bergantung kepada alamat emel pihak ketiga. Google juga telah menandatangani perjanjian untuk menyediakan khidmat carian pada laman MySpace.


TIPS & ULASAN