Rekabentuk Tema iGoogle Anda Sendiri

Rekabentuk Tema iGoogle Anda Sendiri

Diterbitkan pada Jan 17, 2009 oleh .

Google sekali lagi menginovasikan halaman iGoogle mereka, dengan memperkenalkan tool khas yang mana membolehkan para pengguna mereka-bentuk tema iGoogle mereka sendiri. Ianya amat mudah, dan anda tidak perlu mengetahui sebarang perkara berkaitan XML dan sebagainya. Apa yang anda perlukan hanyalah, imej atau gambar, dan perkara lain disediakan Google sendiri.

Tema iGoogle

Anda boleh membina tema tersebut dengan muat-naik imej atau gambar daripada desktop, atau menggunakannya daripada Picasa Web Album, atau laman web yang lain. Seterusnya, anda akan disediakan dengan set asas untuk merekabentuk tema iGoogle anda, seperti Image Cropping, Skema Warna, dan membolehkan anda memilih siapa yang akan melihat tema anda, ataupun berkongsi dengan orang ramai dari seluruh dunia.

Tetapi amat mendukacitakan apabila, pautan yang disediakan oleh Google untuk merekabentuk tema ini tidak boleh digunakan lagi. Pautan tersebut membawa para pengguna kepada halaman 404 Google. Mungkin ianya akan diperbaiki dalam masa terdekat.


TIPS & ULASAN