YouTube Menyediakan Pilihan Untuk Muat-Turun Video

YouTube Menyediakan Pilihan Untuk Muat-Turun Video

Diterbitkan pada Jan 17, 2009 oleh .

Setelah sekian lama YouTube diperkenalkan, hari ini, beberapa video pada YouTube mendapat pilihan untuk dimuat-turun. Ini bermakna, YouTube sudah membenarkan para penggunanya memuat-turun video daripada laamn mereka tanpa perlu ke laman pihak ketiga.

YouTube Download
Pilihan Muat-Turun Pada Video YouTube [via ]

Walaubagaimanapun, bukan semua video yang mendapat pilihan untuk dimuat-turun. Ini mungkin kerana terdapat video-video yang mempunyai hak cipta yang dihoskan pada YouTube. Buat masa ini, beberapa video politik yang mana berkaitan dengan Obama dan juga US.

Hal ini juga mungkin berkait secara tidak langsung dengan penutupan servis hos video di Google Video baru-baru ini. Google Video menyediakan pilihan untuk muat-turun video dalam format mp4 daripada laman mereka.


TIPS & ULASAN