Carian
Penggunaan Twitter dan PilihanRaya Kuala Terengganu
January 17, 2009 Aman

Sama seperti yang berlaku pada pemilihan Presiden US baru-baru ini, pilihanraya kecil Kuala Terengganu turut menerima kesan yang positif melalui internet. Ramai pengguna Twitter sudah mula menghantar kemaskini melalui Twitter berkenaan keadaan semasa di Kuala Terengganu.

Twitter Kuala Terengganu
Hasil Carian Kata Kunci Kuala Terengganu Pada Twitter

Beberapa pencarian seperti Kuala Terengganu ataupun P036 menunjukkan beberapa kemaskini semasa berkaitan pilihanraya kecil terbabit. Walaupun tiada kemaskini yang dilakukan setiap minit seperti mana yang berlaku, namun beberapa pengguna yang aktif mengikuti perkembangan semasa mengenainya, serta-merta mengemaskini mengenainya melalui Twitter. Tidak ketinggalan, Timbalan Perdana Menteri kita turut sama menyertai pengguna Twitter yang lain, menulis mengenai keadaan semasa di Kuala Terengganu.

Mungkin kita boleh melihatnya sebagai permulaan dan mungkin pada pilihanraya yang akan datang, kita dapat melihat penggunaan Twitter secara menyeluruh dan sekaligus menyediakan beberapa sumber tambahan selain daripada MalaysiaKini dan HarakahDaily.

Komen