Selepas Y2K, Kini Y2K38

Selepas Y2K, Kini Y2K38

Diterbitkan pada Jan 18, 2009 oleh .

Jikalau pada abad lalu, kecoh mengenai masalah Y2K, kini kecoh pula dengan masalah Y2K38 yang mana ianya dijangka berlaku pada tahun 19 Januari 2038. Kebanyakkan program yang ditulis menggunakan bahasa programming C, yang terselamat daripada masalah Y2K yang lalu, dijangka akan menghadapi masalah pada tahun 2038 ini.

Year 2038 Problem
Contoh Menunjukkan Bagaimana Masa Akan Berubah Pada 2038 [via]

Hal ini berlaku kerana kebiasaannya, penggunaan format integer 4-byte menggunakan permulaan pada 1 Januari 1970, pada pukul 12 tengah malam. Masa ini ditandakan dengan nilai 0. Kesemua masa seterusnya dibuat dengan penambahan pada waktu ini. Sebagai contoh, penggunaan nilai 870130 menandakan 870,130 saat selepas 1 Januari 1970.

Masalahnya timbul apabila penggunaan maksimum format integer 4-byte adalah 2,147,483,647 yang mana berakhir pada 19 Januari 2038. Pada tarikh ini, sebarang program C yang menggunakan format begini akan menghadapi masalah pengiraan masa dan tarikh.

Walaubagaimanapun, ianya masih boleh diperbaiki dengan mengemaskini program ke penggunaan bahasa aturcara yang lebih terkini sekaligus menyelesaikan masalah ini. Sekiranya anda merupakan salah seorang pembangun, anda mungkin boleh merujuk kepada penyelesaian yang disediakan dengan kerjasama The Perl Foundation di Google Code.


TIPS & ULASAN