Fungsi Menarik Yang Bakal Di Perkenalkan Pada GMail

Fungsi Menarik Yang Bakal Di Perkenalkan Pada GMail

Diterbitkan pada Jan 19, 2009 oleh .

Google mungkin sedang menutup beberapa servis mereka, tetapi mereka tetap membangunkan aplikasi emel mereka supaya menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh para pengguna. Terbaru, CNet dapat menemubual pengurus produk GMail dan ketahui beberapa ciri-ciri yang bakal diperkenalkan melalui GMail tidak lama lagi.

Antaramuka GMail
Paparan Antaramuka GMail [via]

Yang pertamanya, dikatakan bahawa Google sedang dalam perancangan untuk meningkatkan saiz fail yang boleh dihantar kepada lebih daripada 20Mb. Mungkin ini yang dikatakan sebagai GDrive oleh ramai orang.

Selain daripada itu, Google juga dalam perancangan untuk membolehkan video chat dengan resolusi yang lebih tinggi iaitu 640×480. Google telah memperkenalkan fungsi video chat pada GMail pada awal November 2008 yang lalu.

Selain itu, Google juga dalam perancangan untuk membolehkan para pengguna merekabentuk tema GMail sama seperti yang dilakukan pada iGoogle baru-baru ini. Dengan fungsi-fungsi menarik seperti ini yang bakal diperkenalkan, perlukah lagi emel daripada MySpace?


TIPS & ULASAN