Twitter kini sudah menjadi antara medium komunikasi yang digunakan ramai. Pelbagai berita yang dikemaskini oleh para pengguna termasuk pilihan raya Kuala Terengganu dan Anugerah Juara Lagu baru-baru ini. Dengan kepesatan pembangunan komunikasi melalui Twitter ini, salah seorang pembangun BOSS Yahoo! telah memperkenalkan TweetNews.
Contoh Carian “AJL” pada TweetNews
Melaluinya, berita utama disusun dan tweet-tweet yang berkaitan dipertontonkan dengan cara yang tersusun. Malah susunan berita yang dipertontonkan adalah berdasarkan kepada tweet daripada orang ramai. Sekiranya sesuatu berita itu terdapat tweet berkaitan yang tinggi, maka kedudukan berita itu akan lebih tinggi. Konsepnya agak menarik kalau dibandingkan dengan Digg mahupun Yahoo! Buzz yang dibangunkan oleh Yahoo! sendiri. Selain daripada itu, anda juga boleh mencari berita-berita mengikut kata kunci, seterusnya melihat pandangan orang ramai melalui tweet mereka.
P.S: TweetNews dihoskan pada server Google ;)