Carian
Iklan Teks Pada Hasil Carian Imej Google
January 20, 2009 Aman

Sejak beberapa hari ini, Google mula memperlihatkan iklan teks pada hasil carian imej yang dipertontonkan. Beberapa hasil carian seperti hard disk, dan hotel memperlihatkan iklan teks pada bahagian atas, diikuti dengan hasil carian imej yang diperlihatkan.

Google Image Search
Contoh Iklan Teks Pada Hasil Carian Imej

Ianya masih tidak begitu diketahui bagaimana iklan yang dipertontonkan dapat membantu para pengguna yang mencari imej. Sebelum ini Google pernah memberitahu bahawa mereka ingin memperlihatkan iklan yang tepat pada waktu yang tepat. Tetapi ianya tidak begitu kelihatan seperti ingin membantu para pengguna. Mungkin Google perlu gantikan iklan teks dengan iklan imej.

Via : Google System

Komen