GDrive Menghampiri Kenyataan

GDrive Menghampiri Kenyataan

Diterbitkan pada Jan 21, 2009 oleh .

Setelah sekian lama, berita mengenai Google Drive ataupun GDrive mula kedengaran kembali. Walaupun terdapat beberapa syarikat lain yang menawarkan ruangan simpanan dalam talian, namun GDrive dijangka bakal membawa perubahan yang amat besar. Dan menariknya, terdapat beberapa khabar angin mengatakan yang GDrive berkemungkinan besar bakal muncul tahun ini.

GDrive - WWW10
Halaman www10 Pada Google Apps.

Beberapa petunjuk ditunjukkan sebelum ini, seperti pilihan halaman log masuk www10 yang dikenal pasti pada tahun 2007. Terbaru, melalui Picasa untuk Mac yang diperkenalkan baru-baru ini, para pengguna Mac dapat melihat pilihan untuk Google Web Drive apabila klik kanan pada folder. Domain seperti GoogleWebDrive.com juga telah sedia didaftar oleh pihak Google dan ditujukan kepada nameserver mereka.

GDrive - Klik Kanan Mac
Pilihan Google Web Drive Melalui Klik Kanan Pada Mac [via]

Berkemungkinan besar, ianya bakal diintegrasikan bersama servis-servis Google yang lain seperti Google Docs, Picasa dan GMail serta beberapa servis Google yang lain. Sebelum ini GMail dikatakan bakal menaik-taraf fail attachment kepada saiz yang lebih besar daripada 20Mb, dan peningkatan ruangan GMail yang sentiasa naik amat diminati para pengguna.


TIPS & ULASAN