Mungkin ramai yang sudah mengetahui akan kewujudan SlideShare, iaitu salah satu perkhidmatan yang membenarkan anda hoskan fail presentation anda, dan seterusnya embed pada laman web. Hari ini, mereka telah menambah fungsi untuk memasukkan sekali video dari YouTube kedalam slaid yang dihoskan.
Contoh Video YouTube Di Dalam Slaid [via]
Untuk menambahkan video dari YouTube kedalam slaid anda, anda hanya perlu memuat-naik fail slaid anda ke dalam SlideShare, dan seterusnya memilih pautan Edit dan seterusnya memilih tab Edit YouTube Video. Anda juga boleh memasukkan lebih dari satu video kedalam satu slaid yang dihoskan.
Selain itu, Adobe juga telah memperkenalkan fungsi memasukkan video ke dalam fail *pdf melalui Acrobat 9 yang diperkenalkan tahun lepas.