Cari @ Amanz

Mungkin ramai pengguna Google Notebook sudah mula memikirkan program alternatif untuknya kerana tiada lagi pembangunan yang bakal dilakukan untuknya. Mengambil kesempatan ini, Zoho cuba menarik para pengguna Google Notebook kepada aplikasi dalam taliannya – Zoho Notebook.

Zoho membuka peluang untuk mengimport data dari Google Notebook setelah diminta oleh para penggunanya yang meminta fungsi tersebut. Kini, anda boleh mengimport kesemua data anda dengan tiga langkah mudah setelah log masuk kedalam Zoho Notebook. Selain itu, kini mereka juga menawarkan plug-in Zoho Notebook sebagai ganti kepada plug-in Google Notebook yang tidak lagi ditawarkan. Mungkin kini anda tidak lagi perlu risau mengenai ke mana anda perlu membawa data-data Google Notebook anda dengan adanya Zoho Notebook..

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd