Patch Terbaru World of WarCraft Membawa Masalah

Patch Terbaru World of WarCraft Membawa Masalah

Diterbitkan pada Jan 23, 2009 oleh .

Awal minggu ini, Blizzard telah mengeluarkan patch terbaru untuk permainan MMO popular mereka, iaitu World of WarCraft yang mana mempunyai lebih daripada 11.5 juta pemain. Walaubagaimanapun, patch yang disangka untuk menyelesaikan beberapa masalah, dikatakan menimbulkan masalah yang lebih besar.

World of WarCraft
Skrin Permulaan World of WarCraft Patch 3.0.8 [via]

Patch terbaru iaitu versi 3.0.8 dikatakan telah menimbulkan lebih banyak bugs daripada yang sepatutnya ia selesaikan. WoW Insider juga katakan bahawa ianya mungkin tidak lagi diuji oleh pihak Blizzard seperti patch-patch sebelum ini. Mungkin bug-bug baru yang timbul daripada patch 3.0.8 sedang dalam pemerhatian Blizzard. Walaubagaimanapun, sehingga kini masih tiada sebarang berita lagi daripada pihak Blizzard sendiri.


TIPS & ULASAN