Perubahan demi perubahan dilakukan oleh Google baru-baru ini. Hari ini, melalui aplikasi emelnya, kini anda boleh menonton video secara terus melalui GMail chat. Ini sekaligus mengelakkan pengguna daripada terpaksa membuka tetingkap baru untuk menonton video ataupun pautan video dari rakan-rakan.
Contoh Video di dalam GMail Chat [via]
Sekiranya rakan anda menghantar pautan video daripada YouTube ataupun Google Video, ianya secara automatik akan memperlihatkan preview video tersebut dan anda boleh menontonnya secara terus tanpa perlu meninggalkan ruangan chat anda. Menarik bukan?