Mozilla Inginkan Data Pengguna Untuk Meningkatkan Mutu Aplikasi

Mozilla Inginkan Data Pengguna Untuk Meningkatkan Mutu Aplikasi

Diterbitkan pada Jan 23, 2009 oleh .

Mozilla kini dalam perancangan untuk membina sebuah aplikasi baru yang mana boleh mendapatkan info-info bagaimana ciri-ciri pengguna ketika menggunakan internet. Projek terbaru daripada Mozilla ini dinamakan Test Pilot dan keputusan daripadanya bakal diedarkan secara percuma dibawah lesen sumber terbuka.

Mozilla Test Pilot
Logo Test-Pilot

Mozilla berharap program baru ini boleh mendapatkan maklumbalas, daripada pelbagai projek Mozilla seperti Thunderbird dan SeaMonkey, selain daripada Firefox. Walaubagaimanapun, buat permulaan ini, ianya bakal dikeluarkan sebagai add-on untuk Firefox. Test-Pilot kemudiannya akan meminta pengguna menjawab beberapa soalan yang mana kemudiannya akan membolehkan sistem mengetahui kedudukan dan tahap pengetahuan teknologi seseorang.

Data-data peribadi tidak akan dipungut oleh sistem tersebut, dan hasil daripada kajiannya, akan dipamerkan dan diedarkan melalui lesen sumber terbuka. Data-data ini amat berguna, dan perisia dan aplikasi seterusnya daripada Mozilla bakal menggunakan data-data ini supaya lebih menepati kehendak pengguna.


TIPS & ULASAN