Google telah pun mengumumkan kewangannya bagi suku tahun ke-empat bagi tahun 2008. Walaupun ramai yang menjangkakan keuntungan Google bakal berkurangan disebabkan masalah ekonomi dunia, Google membuktikan ianya salah. Pendapatan Google bagi suku tahun ke-empat adalah sebanyak $4.22 billion meletakkan setiap saham berharga $5.10.
Pendapatan Suku Tahun Ke-Empat Google
Pendapatan keseluruhan Google adalah bernilai $5.70 billion yang mana menunjukkan peningkatan sebanyak 18 peratus daripada tahun sebelumnya, dan peningkatan 3 peratus daripada suku tahun ke-tiga. Kini, pendapatan Google terhasil 50% daripada US dan 50% lagi daripada seluruh dunia. Walaupun seluruh dunia sedang menghadapi masalah kewangan dan ekonomi, ianya bukan suatu masalah bagi Google.