Tarikh Muat-Turun Windows 7 Beta Di Lanjutkan

Tarikh Muat-Turun Windows 7 Beta Di Lanjutkan

Diterbitkan pada Jan 24, 2009 oleh .

Oleh kerana mendapat sambutan yang amat menggalakkan untuk muat-turun Windows 7 Beta secara percuma, kini Microsoft melanjutkan tarikh untuk muat-turun Windows 7 sehingga 12 Februari. Sebelum ini, Microsoft mengatakan bahawa Windows 7 Beta boleh dimuat-turun sehingga 24 Januari sahaja.

Bagi pengguna yang sudah memulakan muat-turun, tapi masih belum selesai, anda mempunyai masa sehingga 12 Februari untuk selesaikan muat-turun anda, kerana selepas itu, anda tidak lagi boleh memuat-turun Windows 7 Beta ini. Mulai 27 Januari, suatu notis akan dipaparkan menandakan bahawa muat-turun Windows 7 Beta akan tamat tidak lama lagi, dan mulai Februari 10, tiada lagi muat-turun baru akan dibenarkan. Hanya pengguna sedia ada yang sedang muat-turun Windows 7 sahaja dibenarkan untuk menyelesaikan muat-turun mereka, dan selepas 12 Februari, semua pengguna tidak lagi dapat memuat-turun Windows 7 lagi.

Walaubagaimanapun, sekiranya anda merupakan pelanggan MSDN dan TechNet, anda akan mempunyai akses untuk muat-turun Windows 7 Beta, sehingga tamatnya fasa Beta untuk Windows 7.


TIPS & ULASAN