Nokia Menamatkan Chat, Dan Kenalkan Ovi

Nokia Menamatkan Chat, Dan Kenalkan Ovi

Diterbitkan pada Jan 25, 2009 oleh .

Sekiranya anda menggunakan Nokia Chat pada telefon bimbit anda, mulai hari ini Nokia tidak lagi menyokong aplikasi tersebut. Sebagai alternatifnya, Nokia menyediakan Ovi, yang mana merupakan salah satu evolusi Nokia Chat.

Nokia Ovi
Nokia Ovi

Melalui client yang baru, yang mana diberi nama Ovi ini, beberapa bugs yang didapati sebelum ini telah diselesaikan, dan kini ianya menyokong lebih banyak telefon bimbit keluaran Nokia berbanding sebelumnya. Selain daripada mesej peribadi, kini anda juga boleh broadcast lagu anda. Dan sekiranya rakan anda menggunakantelefon bimbit Nokia 40 Series, terdapat aplikasi J2ME yang disediakan khas untuknya. Menariknya, melalui Ovi anda juga dapat chat dengan rakan-rakan anda di Google Talk.


TIPS & ULASAN