Windows 7 Build 7025 Mula Kelihatan

Windows 7 Build 7025 Mula Kelihatan

Diterbitkan pada Jan 26, 2009 oleh .

Sudahkah anda memuat-turun Windows 7 Beta yang diberikan secara percuma oleh Microsoft? Jika belum, baik anda bertindak cepat kerana, kini sudah pun terdapat Windows 7 Build 7025. Versi beta yang diedarkan baru-baru ini adalah Build 7004.

Windows 7 Build 7025
Tetingkap About Pada Windows 7 Build 7025 [via]

Oleh kerana Windows 7 Beta merupakan Build 7004, nampaknya dengan Build 7025, Microsoft telah selangkah melangkaui Beta, dan telah ke Windows 7 RC. Dan mungkin kita boleh katakan Build 7025 ini sebagai pre-RC. Sebelum ini, pihak Microsoft telah mengatakan bahawa, setelah Beta, mereka akan terus ke RC dan seterusnya kepada RTM sebelum menemui para pengguna.

Windows 7 Build 7025 Install
Pemilihan Versi Windows 7 Ketika Pemasangan [via]

Melalui Windows 7 Build 7025, kini para pengguna boleh memilih antara Windows 7 Starter, Home Basic, Home Premium, Business ataupun Ultimate sebelum memulakan pemasangan, sama seperti pada Vista sebelum ini.


TIPS & ULASAN