Carian
Internet Explorer 8 RC1 Menemui Pengguna
January 27, 2009 Aman

Microsoft telah pun mengeluarkan RC untuk Internet Explorer 8, kemaskini terkini untuk pelayar web yang diguna pakai oleh paling ramai pengguna diseluruh dunia. Versi terkini pelayar web ini boleh dijalankan di platform Windows XP, Vista, Server 2003 dan juga Server 2008.

Fungsi-fungsi yang diperkenalkan pada IE8 RC ini adalah hampir sempurna dan berkemungkinan besar tidak akan ada perubahan drastik dengan versi akhir IE8 yang bakal dikeluarkan kelak. IE8 juga dikatakan pelayar web yang paling terbaik daripada Microsoft yang mana memperkenalkan beberapa ciri-ciri menarik seperti:

  • Lebih selamat dan pantas berbanding versi-versi sebelumnya.
  • Memperkenalkan fungsi Accelerators dan Webslices untuk membuka sesuatu laman dengan lebih pantas.
  • Memperkenalkan fungsi InPrivate, yang mana lebih dikenali sebagai Private Browsing.
  • Fungsi-fungsi ini mungkin kelihatan biasa sekiranya anda merupakan pengguna Firefox, Chrome mahupun Safari. Walaubagaimanapun, ianya salah satu usaha yang menarik daripada Microsoft. Tarikh akhir keluaran Internet Explorer 8 masih belum diketahui, namun ianya dijangka pada bulan Mac ataupun April tahun ini. Muat-turun dan cubanya hari ini. Sebelum ini, Microsoft dihadapkan ke mahkamah disebabkan memonopoli pasaran pelayar web dengan menyertan Internet Explorer ke dalam sistem operasi mereka, mengatakan tidak memberi pilihan kepada para pengguna baru.

    Komen