Carian
Ura-Ura : Google Bakal Miliki Skype?
January 28, 2009 Aman

Khidmat VoIP terkemuka, terdapat beberapa ura-ura mengatakan Skype bakal dijual tidak lama lagi. Sebelum ini, pada 2005, syarikat lelong terkenal diinternet, eBay membeli Skype pada harga $2.6 billion yang dikatakan agak melampau. Namun begitu, masih tidak kelihatan sebarang integrasi antara Skype dan juga laman eBay sehingga kini.

Skype Pada Google Pack
Skype Pada Google Pack

Walaupun Skype menunjukkan peningkatan pendapatan sebanyak 26%, eBay menhadapi masalah akibat kejatuhan eknomi baru-baru ini, membuatkan pendapatannya berkurangan sebanyak 7% berbanding sebelumnya. Menurut The Times, Chief executive eBay telah mengatakan bahawa integrasi antara kedua-dua teknologi ini amat minimum, dan Skype lebih cemerlang sekiranya dibangunkan sebagai bisnes berasingan. Terdapat beberapa syarikat yang dikatakan sebagai pembeli berpotensi tinggi, dan antaranya ialah AT&T dan juga Verizon. Namun kini tiup ura-ura yang Google bakal membelinya. Sebelum ini, Google pernah bekerjasama dengan Skype untuk memudahkan para pengguna, malah turut menyertakannya dalam Google Pack.

Komen