Cari @ Amanz

Emel berasaskan web amat menarik dan mudah digunakan, namun kadangkala kita tidak dapat membaca emel-emel penting tanpa sambungan internet. Untuk mengatasi perkara ini, hari ini Google memperkenalkan GMail Offline dengan bantuan Google Gears.

Melaluinya, anda boleh membuka pelayar web anda dan pergi ke GMail.com walaupun tanpa sebarang sambungan internet, dengan bantuan Google Gears. Untuk membolehkannya, anda perlulah sedia mempunyai Google Gears, dan mengaktifkan fungsi GMail Offline melalui tab settings. Sekiranya ketika anda melayari laman web, dan tiba-tiba sambungan internet anda putus, GMail akan serta merta berubah kepada GMail Offline, membolehkan anda membuat perkara-perkara biasa yang anda lakukan pada emel berasaskan web anda itu. Sekiranya anda menghantar emel ketika dalam keadaan offline, emel anda akan disimpan pada folder OutBox dan dihantar sebaik sahaja anda mendapat sambungan internet anda semula.

Untuk membolehkan fungsi GMail Offline, klik pada Settings dan pilih tab Lab. Seterusnya disana, anda boleh memilih untuk mengaktifkan Offline GMail. Setelah pelayar web anda di reload semula, anda akan dapat melihat pilihan untuk muat-turun Google Gears untuk mengaktifkan penggunaan tanpa talian.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd