Penipuan Klik Mencecah Kadar Tertinggi

Penipuan Klik Mencecah Kadar Tertinggi

Diterbitkan pada Jan 29, 2009 oleh .

Penipuan dalam klik ataupun lebih dikenali sebagai click fraud sering menjadi igauan para pengiklan dan media pengiklanan internet. Melalui satu kajian yang dijalankan oleh ClickForensics, memperlihatkan kadar penipuan klik pada tahun 2008 merupakan berada dalam kadar paling tinggi, iaitu sebanyak 17.1% pada suku tahun ke-empat 2008.

Kadar Penipuan Klik Bagi Tahun 2008
Kadar Penipuan Klik Bagi Tahun 2008 [via]

Secara puratanya, penipuan klik melalui PPC seperti Google Adsense dan Yahoo! Publisher Network yang dilakukan adalah sebanyak 28.2%, meningkat daripada 27.1% pada suku tahun ketiga pada tahun 2008. Trafik pengunjung yang dijana oleh Botnet dikatakan menyumbang sebanyak 31.4% kepada aktiviti penipuan klik ini.

Antara negara yang tergolong dalam aktiviti penipuan klik yang tinggi adalah seperti China, Canada, dan Jerman. Sejak tiga tahun ClickForensics menjalankan kajian, tahun 2008 memperlihatkan penipuan klik paling tinggi, dan Malaysia adalah antara negara yang berada dalam lingkungan penipuan klik yang agak tinggi berbanding negara-negara berdekatan seperti Indonesia.

Kredit : TechCrunch


TIPS & ULASAN