Setelah kembali beroperasi semula selepas lama tidak dibangunkan, kini Blogtitude memperkenalkan rekabentuk dan logo yang baru. Selain itu, kini mereka juga menggunakan slogan yang baru, iaitu Broadcasting Fresh Contents! berbanding dengan sebelumnya, We Serve Fresh Contents.
Rekabentuk Blogtitude Yang Baharu
Logo baru nampak lebih menarik berbanding sebelumnya, dengan penggunaan ikon RSS memperlihatkan fungsinya sebagai web aggregator. Selain itu penggunaan font Georgia sebagai font utama bagi laman Blogtitude kelihatan lebih menarik berbanding sebelumnya. Namun begitu, terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian, seperti pautan-pautan yang tidak berfungsi dan juga ruangan tepi yang kelihatan kosong.
Selain itu, fungsi kategori yang disediakan sebelum ini (walaupun tidak boleh digunakan) telah pun dibuang dalam rekabentuk yang terbaru ini. Para pengguna mungkin lebih berminat untuk membaca mengikut kategori yang diminati mereka, berbanding dengan hanya entri-entri berkaitan dengan hiburan dan politik sahaja.
Blogtitude merupakan salah satu aplikasi berasaskan web yang mana dibangunkan oleh anak-anak tempatan yang mana dahulunya bernaung dibawah nama Happy People Media (kini DataKluster). Ianya lebih kepada web aggregator, yang mana menyenaraikan catatan (feeds) daripada beberapa blog-blog menarik tempatan.