Carian
Google Memperkenalkan Makmal Sukatan
January 29, 2009 Aman

Google hari ini mengumumkan bahawa mereka kini menyediakan aplikasi khas untuk para pengguna yang mana membolehkan para pengguna menguji talian internet mereka dan mengetahui sama ada penyedia perkhidmatan internet ada menganggu talian mereka dengan menutup atau menganggu sebarang aplikasi daripada boleh dijalankan.

Google dengan kerjasama Planet Lab dan New America Foundation membangunkan M-Lab, iaitu salah satu platfom terbuka untuk menguji rangkaian internet. Dengan ini, mereka berharap ke semua penyedia rangkaian internet akan berlaku jujur dan menyatakan dalam kontrak berkenaan dengan apa yang disediakan oleh mereka.

Buat masa ini beberapa aplikasi disediakan untuk menguji rangkaian dan sambungan internet anda melalui M-Lab, iaitu:

  • Network Diagnostic Tool. Menguji kepantasan sambungan internet anda, dan membertahu sebarang masalah berkaitan dengan penghadan dan pembatasan yang dilakukan oleh penyedia rangkaian internet.
  • Glasnost. Menguji samaada BitTorrent di halang ataupun tidak.
  • Network Path and Application Diagnosis. Menguji dan mendiagnosis masalah yang menganggu sambungan dan rangkaian internet.
  • Terdapat juga beberaa aplikasi yang lain yang mana masih dalam proses pembangunan dan mungkin akan diperkenalkan tidak lama lagi. Sekiranya anda merupakan seorang pembangun, anda boleh turut serta dalam pembangunan aplikasi dan platform ini.

    Komen