Mungkin ramai yang sudah bosan menggunakan telefon mudah alih untuk melayari internet, disebabkan tempat menulisnya yang kecil (keyboard), tiada kemudahan menggunakan tetikus, skrin yang kecil dan sebagainya. Menyedari perkara ini, Microsoft seperti telah menjumpai penyelesaiannya dan telah mendaftarkan hak ciptanya baru-baru ini yang mana diberi nama – “Smart Interface System for Mobile Communication Devices” ataupun Sistem Antaramuka Pintar Untuk Perkakasan Perhubungan Mudah Alih.
Lakaran Awal Idea [via]
Sistem pintar ini bakal mempunyai antara teknologi yang termaju ketika ini, dengan mempunyai CPU, memori dan OS-nya yang tersendiri. Sistem operasi yang bakal disertakan bakal berfungsi sebagai medium untuk menyimpan dan berfungsi sebagai komputer. Anda kemudiannya boleh menyambungkan papan kekunci, tetikus dan sebagainya. Sistem pintar ini bakal mempunyai sambungan tanpa had termasuk sambungan kepada televisyen, monitor, LCD, printer, kamera dan sebagainya.
Salah satu konsep elegen dan menarik daripada Microsoft yang mungkin akan diperkenalkan dalam masa mungkin beberapa bulan mahupun tahun lagi.
Via : Unwired View