Google dan Plaxo Memperkenalkan Perkongsian Identiti

Google dan Plaxo Memperkenalkan Perkongsian Identiti

Diterbitkan pada Jan 30, 2009 oleh .

Hari ini, Google dan Plaxo memperkenalkan protokol baru yang mana mengabungkan fungsi OpenID bersama-sama dengan OAuth. Dengan ini, penggunaan sesuatu akaun tampil lebih selamat. Buat masa ini, ianya hanya suatu cubaan antara dengan Plaxo dan Google, dan mungkin akan diperkembangkan tidak lama lagi.

Google Plaxo
Penggunaan Google Account Pada Plaxo [via]

Melaluinya, sekiranya pengguna ingin berdaftar, mereka akan dihantar ke laman di mana anda selalunya log masuk, seperti ke Google Account. Dengan ini, data lebih selamat dan pengguna lebih yakin untuk menggunakan OpenID. Pengguna juga dengan ini boleh ketahui bahawa tidak akan berlaku penyalahgunaan data mereka di laman-laman lain.

Sebelum ini, beberapa laman integrasikan laman mereka dengan Facebook melalui Facebook Connect, yang mana mempunyai fungsi yang lebih kurang sama. Blogtitude juga bercadang untuk menggunakan Facebook Connect untuk menguruskan ahli-ahli berdaftar mereka.


TIPS & ULASAN