Cari @ Amanz

Sekiranya anda pernah menggunakan Google Chrome dan meminati fungsi tab baru, kini anda boleh mendapatkan fungsi yang sama pada Mozilla Firefox juga. Melalui Google Toolbar 5 untuk Firefox, Google membawakan fungsi tab baru yang mana memperlihatkan halaman yang sering dikunjungi, bookmark, dan tab yang baru ditutup.

Google Toolbar 5 Untuk Firefox
Fungsi New Tab Untuk Firefox [via]

Fungsi tab baru untuk Firefox kelihatan lebih menarik berbanding Google Chrome kerana anda juga boleh mengubah thumbnail yang kelihatan pada tab baru yang dibuka. Anda juga boleh mengubah kembali tetapan supaya ianya memperlihatkan halaman kosong ataupun laman web kegemaran anda dengan mengubah di bahagian tetapan Toolbar untuk Firefox.

Selain itu, kini Google Toolbar 5 untuk Firefox turut menyokong bahasa Arab, iaitu sokongan tulisan dari kanan ke kiri.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd