Cari @ Amanz

Nampaknya tiada beta kedua untuk Windows 7, setelah Microsoft membenarkan para pengguna seluruh dunia untuk memuat-turunnya dan mencubanya secara percuma. Sebaliknya, kini Microsoft dalam pembangunan kepada Windows 7 RC (Release Candidate). Awal minggu ini, kita dapat melihat beberapa informasi berkenaan Windows 7 Build 7025 mula tersebar.

Walaubagaimanapun, masih tiada sebarang informasi mengatakan dengan kukuhnya bahawa Windows 7 Build 7025 merupakan versi Windows 7 RC. Microsoft mengatakan bahawa Windows 7 RC bakal menyerupai apa yang mereka akan keluarkan kelak. Setelah RC, keluaran seterusnya adalah RTM (Release To Manufacturing) dan GA (General Availability). Melalui RTM, Windows 7 akan menemui para pembuat PC yang ingin menyertakan sekali Windows 7 dalam PC mereka, dan melalui GA, para pengguna sudah boleh mendapatkannya daripada pasaran sebagai produk lengkap.

Windows 7
Antaramuka Desktop Windows 7 [via]

Buat masa ini, tarikh keluaran RC dan RTM masih belum diketahui. Ini kerana pada masa kini, mereka sedang mendapatkan pandangan dan komen hasil daripada percubaan Windows 7 Beta yang diberikan kepada para pengguna seluruh dunia. Muat-turun versi percubaan ini bakal ditamatkan pada 10 Februari ini.

Berikut merupakan jadual perjalanan Windows 7:

  • Pre-Beta : Pertama kali dipertontonkan pada PDC tahun lalu, dan diberikan secara percuma kepada kesemua pembangun yang hadir ke PDC. Di perkenalkan pada 28 Oktober 2008.
  • Beta : Keluaran yang mana Microsoft membenarkan para pengguna seluruh dunia memuat-turunnya secara percuma sejak 10 Januari 2009. Ramai yang dapat menguji dan memberikan pendapat mereka kembali kepada Microsoft. Microsoft berjaya mendapatkan khidmat penguji dari seluruh dunia secara percuma.
  • RC : Masih tidak diketahui tarikh keluarannya, namun Microsoft mengatakan bahawa ianya bakal menyerupai versi akhir Windows 7 kelak.
  • RTM : Versi akhir Windows 7 yang mana bakal diedarkan kepada para pengeluar PC untuk disertakan sekali sebagai sistem operasi komputer mereka.
  • GA : Versi dimana para pengguna boleh mendapatkannya daripada pasaran.
  • Microsoft juga menjanjikan bahawa keluaran Windows 7 kelak adalah keluaran terbaik Windows, dan dengan usaha gigih pasukan mereka, mereka berharap akan mencapai tujuan tersebut.

    © 2024 Amanz Media Sdn Bhd