Cari @ Amanz

Setelah masalah yang menimpa malam semalam diselesaikan, kini Google memberikan penjelasan mengenai apa sebenarnya yang terjadi. Masalah yang mana memperlihatkan semua laman sebagai laman berbahaya melalui hasil carian Google itu berlaku antara pukul 11.27 malam sehingga 11.40 malam, lebih kurang selama 13 minit.

Menurut Google, perkara ini berlaku disebabkan oleh kesilapan manusia, yang mana pasukan enjin carian mereka telah silap menandakan URL dengan “/” sebagai fail, dan kemudiannya secara tidak langsung melabelkan semua laman sebagai berbahaya. Ini berlaku ketika mereka sedang mengemaskini laman yang tersenarai dalam StopBadware. Dalam usaha menangani laman-laman yang mengandungi perkara yang boleh membahayakan sistem komputer, Google bekerjasama bersama StopBadware.com, dan segala kemaskininya perlu dilakukan secara individu dan bukannya secara algoritma.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd