Empat Permainan Baru Dari Francais Need For Speed

Empat Permainan Baru Dari Francais Need For Speed

Diterbitkan pada Feb 1, 2009 oleh .

Walaupun boleh dikatakan gagal dengan Need for Speed ProStreet, dan Undercover yang tidak begitu mendatangkan keuntungan pada tahun lepas, perkara tersebut tidak mematahkan semangat para pembangun permainan perlumbaan kereta yang diminati ramai – Need for Speed. Tahun ini mereka bakal muncul dengan empat lagi tajuk yang baru.

Need for Speed : Shift

Need For Speed : Shift
Need for Speed : Shift [via]

Dikatakan akan membawa pengalaman pemanduan yang lebih realistik, dengan bentuk permainan yang menyerupai ProStreet. NFS : Shift ini bakal dikeluarkan untuk pelbagai platform, iaitu untuk PC, Xbox360, PS3, dan PSP.

Need for Speed : Nitro

Need For Speed : Nitro
Need For Speed : Nitro [via]

Masih tiada info lanjut mengenai NFS Nitro ini, walaubagaimanapun ianya dikatakan akan membawa bentuk permainan yang kasual, dan dibangunkan untuk platform Wii dan DS. Ianya dikatakan bahawa EA akan membawa pengalaman permainan yang baru dalam NFS Nitro.

Need for Speed : World Online

Need For Speed : World Online
Need For Speed : World Online [via]

Seperti yang diperkatakan tajuknya, ianya akan menyediakan permainan bebas yang mana membolehkan para pemain memandu kereta kegemaran dan berlumba antara satu sama lain. Ianya bakal dikeluarkan untuk platform PC, dan menariknya akan dikeluarkan di Asia terlebih dahulu. NFS World Online dibangunkan oleh EA Black Box dengan kerjasama EA Singapura. NFS World Online juga merupakan permainan perlumbaan kereta dalam talian percuma daripada EA.

Selain daripada tiga tajuk NFS ini, ianya juga dikatakan bahawa mereka sedang membangunkan lagi satu tajuk tambahan yang masih dirahsiakan, yang mana bakal membawakan bentuk permainan NFS yang asal, iaitu dengan memainkan watak pelumba jalanan. Dengan ini, ianya menjadikan empat tajuk baru Need For Speed bakal diperkenalkan pada tahun ini.


TIPS & ULASAN