IM dan SMS Menggunakan Yahoo! Mail Classic

IM dan SMS Menggunakan Yahoo! Mail Classic

Diterbitkan pada Feb 1, 2009 oleh .

Sekiranya anda merupakan pengguna Yahoo! Mail Classic sama seperti saya, Yahoo! telah memperkenalkan beberapa ciri-ciri dan fungsi baru bagi penggunanya yang mana membolehkan pada pengguna menggunakan fungsi chat yang mana membolehkan anda ber-IM dan menghantar mesej SMS melalui antaramuka emel anda.

Yahoo! Mail Classic - IM dan SMS
Kedudukan Fungsi IM dan SMS Pada Yahoo! Mail Classic [via]

Yahoo! Mail Classic - IM dan SMS
Fungsi IM dan SMS Pada Yahoo! Mail Classic [via]

Fungsi-fungsi ini telah pun lama diperkenalkan pada Yahoo! Mail yang baru, tetapi versi lama (atau Classic) baru sahaja diperkenalkan dengan fungsi-fungsi ini, supaya para pengguna yang meminati antaramuka yang lama tidak ketinggalan dalam menggunakan fungsi-fungsi dari Yahoo!.

Salah satu sebab Yahoo! memperkenalkan fungsi ini adalah supaya anda dapat berhubung dengan lebih pantas daripada emel biasa. Setelah anda log masuk, ianya akan memperlihatkan siapa yang berada dalam talian mahupun dalam talian mudah-alih mereka, membolehkan anda ber-IM ataupun SMS mereka, dan mendapatkan balasan lebih pantas.

Ianya memang amat berguna, namun sekiranya anda sentiasa membuka Yahoo! Messenger anda, dan log masuk ke dalam Yahoo! Mail, ianya akan membuatkan anda log keluar daripada Yahoo! Messenger, kerana anda hanya boleh menggunakan hanya satu client sahaja pada satu-satu masa.


TIPS & ULASAN