Sebelum ini, saya sering menghadapi masalah untuk log masuk ke dalam Yahoo! Messenger 9.0, dan menggunakan alternatif lain seperti Meebo untuk bersembang dengan rakan-rakan lain. Saya beranggapan masalah tersebut adalah disebabkan oleh sambungan internet Celcom Broadband yang amat perlahan di tempat saya, namun hari ini, pihak Yahoo! menidakkan tanggapan ini.
Yahoo! Messenger 9.0 – Masalah Log Masuk
Yahoo! telah menyelesaikan masalah log masuk ini, dengan mengeluarkan versi terbaru Mesengger-nya, iaitu 9.0.0.2124. Anda boleh memuat-turun keseluruhan fail tersebut ataupun memasangnya dengan cara seperti biasa dengan ke laman Yahoo! Messenger. Yahoo! meminta para pengguna memuat-turun dan mencuba versi terbaru, dan memberikan maklumbalas mengenai masalah log masuk yang dialami sebelum ini.