Yahoo! Briefcase Bakal Di Tamatkan Pada 30 Mac

Yahoo! Briefcase Bakal Di Tamatkan Pada 30 Mac

Diterbitkan pada Feb 1, 2009 oleh .

Setelah hampir 10 tahun memperkenalkan ruangan simpanan dalam talian – Yahoo! Briefcase, kini Yahoo! bakal menutup perkhidmatan tersebut mulai 30 Mac 2009. Yahoo! Briefcase memberi ruangan simpanan percuma sebanyak 30MB membolehkan pengguna menyimpan fail sehingga 5MB setiap satu.

Akhir-akhir ini penggunaan Yahoo! Briefcase telah merudum, setelah Yahoo! memperkenalkan ruangan kapasiti tanpa had pada Yahoo! Mail selain servis menyimpan gambar dalam talian – Flickr, yang mana kedua-duanya menyediakan ruangan yang lebih besar daripada Yahoo! Briefcase. Hari ini, para pengguna yang melayari laman Yahoo! Briefcase diperlihatkan dengan mesej yang mana mengatakan mereka bakal menamatkan perkhidmatan mereka mulai 30 Mac 2009.

ybriefcase
Mesej Pada Muka Utama Yahoo! Briefcase

Sebelum ini pun, para pengguna Yahoo! Briefcase banyak menyimpan fail-fail gambar, dokumen dan juga fail video di dalam akaun mereka. Dengan pengenalan beberapa servis yang memberi ruangan percuma dengan had fail yang lebih besar dan ruangan percuma yang lebih banyak seperti DropBox, pengguna Yahoo! Briefcase mula beralih arah.

Selain daripada itu, pesaing Yahoo!, Microsoft turut memperkenalkan Live Mesh dan Google pula dikatakan bakal muncul dengan GDrive tidak lama lagi, yang mana menjadikan Yahoo! Briefcase agak ketinggalan. Masih tidak diketahui samaada Yahoo! sedang membangunkan aplikasi ruangan simpanan dalam taliannya yang lebih baik ataupun tidak, namun mereka telah menyatakan bahawa mereka kini lebih memberi perhatian dalam pembangunan aplikasi dalam talian sedia ada.

Sekiranya anda masih mempunyai fail didalam akaun Yahoo! Briefcase anda, anda dinasihatkan untuk memuat-turun semua fail anda sebelum 30 Mac 2009 ini, ataupun anda bakal kehilangannya kerana servis tersebut bakal ditamatkan pada tarikh tersebut, dan tidak lagi boleh diakses selepasnya.


TIPS & ULASAN