GrabMyAds Mengikut Jejak Langkah GoKita

GrabMyAds Mengikut Jejak Langkah GoKita

Diterbitkan pada Feb 1, 2009 oleh .

Masih ingatkah anda lagi dengan syarikat pengiklanan tempatan yang ke-tiga – GrabMyAds? Kini, ia mengikut jejak langkah GoKita, apabila turut sama telah menamatkan perkhidmatan mereka. Apabila laman mereka dilayari hari ini, ianya memperlihatkan halaman domain parking yang mana menggunakan khidmat Adsense For Domain.

GrabMyAds
Laman GrabMyAds – Dulu dan Kini

Sebelum ini, GrabMyAds muncul sebagai syarikat pengiklanan tempatan yang ke-tiga selepas Nuffnang dan Advertlets pada 12 Disember 2007. Mereka muncul dengan konsep yang menarik, dimana membolehkan para pemilik laman web mendapat 70% daripada pendapatan, manakala 25% kepada GrabMyAds. Baki 5% dirancang untuk digunakan untuk acara yang mana untuk mengeratkan hubungan antara para penulis blog dan pemilik laman web tempatan. Namun begitu, kini mereka telah pun menamatkan perkhidmatan mereka sebagai media pengiklanan internet tempatan.

Sebelum ini, GoKita turut menamatkan perkhidmatan mereka, dan kini telah mengubah-suai laman mereka menjadi laman iklaneka, dan disasarkan untuk pengguna Amerika. Berbeza dengan mereka, GrabMyAds lebih selesa menyimpan domain mereka, dan menjadikannya sebagai domain parking menggunakan khidmat Google Adsense untuk Domain.


TIPS & ULASAN