SEACEM Menganjurkan Pertandingan e-Media ASEAN

SEACEM Menganjurkan Pertandingan e-Media ASEAN

Diterbitkan pada Feb 2, 2009 oleh .

Adakah anda membangunkan syarikat yang berasaskan internet ataupun yang mana lebih dikenali sebagai start-up? Jika ya, jadi anda seharusnya tidak terlepas menyertai pertandingan yang diadakan khas untuk para penduduk di Asia Tenggara ini. Pertandingan yang dikenali sebagai ASEAN E-Media Startups Competition ini menawarkan hadiah bernilai lebih USD10000 yang mana boleh digunakan untuk memperbesarkan media dan syarikat mereka kelak.

Untuk menyertai pertandingan ini, anda perlu memenuhi beberapa kriteria seperti:

  • Syarikat berasaskan internet dari ASEAN yang mana sudah melebihi 6 bulan berada di alam maya ini.
  • Mempunyai impak sosial yang meluas.
  • Contoh-contoh laman adalah seperti laman berita, rangkaian blogger, video podcasting, dan model media internet yang lain.
  • Anda boleh menghantar permohonan anda sebelum 15 Februari, dan sekiranya anda terpilih, maka anda akan diminta untuk menyediakan lebih maklumat mengenai syarikat internet anda itu.

    Widgeo.us
    Widgeo.us dibangunkan oleh pembangun dari Singapura

    Salah satu laman yang berpotensi tinggi untuk menyertai pertandingan ini adalah Widgeo.us yang mana dibangunkan oleh negara jiran kita – Singapura.


    TIPS & ULASAN