Quake Live – Permainan FPS Berasaskan Pelayar Web

Quake Live – Permainan FPS Berasaskan Pelayar Web

Diterbitkan pada Feb 2, 2009 oleh .

Ingatkah lagi anda dengan permainan tembak-menembak yang popular – Quake? Kini, mereka bakal memperkenalkan permainan Quake Live yang mana ianya merupakan permainan tembak-menembak yang menggunakan hanya pelayar web dan sambungan internet yang pantas sahaja. Buat masa ini, ianya hanya menyokong platform Windows XP dan Vista sahaja, dan memerlukan jemputan untuk menyertainya.

Quake Live
Aksi Tembak-Menembak dalam Quake Live [via]

Walaupun ianya dimainkan dengan menggunakan pelayar web, terdapat beberapa fail yang masih memerlukan anda memuat-turun untuk dapat bermainnya. Anda akan diminta untuk memuat-turun fail yang bersaiz lebih kurang 300mb, dan sementara menunggu fail tersebut dimuat-turun anda boleh cuba bermain perlawanan latihan, sebelum dapat bermain dengan pengguna lain dari serata dunia.

Quake Live
Loading Dalam Quake Live [via]

Setelah anda selesai memuat-turun kesemua fail, anda boleh mengikuti tutorial permainan, ataupun terus berlawan dengan lawan komputer untuk menentukan skil dan level anda sebelum disambungkan untuk bermain dengan para pemain lain.

Mungkin Quake Live bakal dapat menambat hati para peminat permainan tembak-menembak, kerana anda tidak memerlukan sebarang perisian untuk memainkannya, Quake Live didatangkan secara percuma, selain tiada pemasangan yang diperlukan. Mungkin mereka juga patut menyokong platform-platform lain seperti Linux dan juga Mac. Buat masa ini, Quake Live masih dalam beta tertutup, dimana memerlukan emel jemputan untuk menyertainya. Anda boleh meninggalkan emel anda di laman utama Quake Live, dan berkemungkinan besar, anda akan mendapat emel jemputan dalam masa terdekat.


TIPS & ULASAN