Korea Sedang Usahakan Sambungan Internet 1Gbps

Korea Sedang Usahakan Sambungan Internet 1Gbps

Diterbitkan pada Feb 2, 2009 oleh .

Ketika negara kita dalam cita-cita dan harapan untuk meningkatkan mutu bola sepak tempatan menjelang 2018, negara Korea pula berharap agar dapat meningkatkan mutu sambungan internet mereka sehingga 1Gbps menjelang 2012. Buat masa ini, para pengguna Korea sudah boleh mendapatkan perkhidmatan internet selaju 100Mbps dari penyedia tempatan mereka, sedangkan kita masih menggunakan sambungan internet selaju hanya 1Mbps.

Selain itu, Korea juga membuat sasaran untuk mencapai sambungan internet tanpa wayar (wireless broadband) selaju 10Mbps, sepuluh kali ganda daripada apa yang disediakan buat masa ini. Kelajuan internet di Korea sehingga kini memang antara yang terlaju, jauh meninggalkan negara lain seperti Amerika dan lain-lain. Selain daripada sambungan internet, mereka juga menumpukan fokus kepada IPTV.

Perkara ini bakal mencapai kos sebanyak $24.6 billion, dan bakal menyediakan lebih 120,000 buah pekerjaan baru. Negara Korea merupakan antara negara yang mempunyai pemain MMO dan permainan online yang paling ramai, kerana sambungan internet mereka yang amat pantas berbanding negara-negara lain.


TIPS & ULASAN