Google Earth yang diperkenalkan pada tahun 2006 sudah digunakan oleh jutaan pengguna dari seluruh dunia untuk mengelilingi dunia secara maya. Kini, Google menapak lebih selangkah kehadapan dengan membolehkan para pengguna menyelam ke dasar laut melalui Google Earth. Selain daripada itu, beberapa fungsi tambahan untuk Google Earth turut diperkenalkan hari ini.
Dasar Laut Hawaii Melalui Google Earth 5.0 [via]
Berbeza dengan Google Street yang mana Google menghantar kenderaan khas untuk menangkap gambar setiap sudut, untuk mendapatkan gambar-gambar di dasar laut ini, Google bekerjasama bersama beberapa syarikat dan badan lain seperti National Geographic, Tentera Laut US dan beberapa persatuan lain untuk mendapatkan gambaran dasar laut.
Google mengambil langkah untuk memperkenalkan fungsi melihat gambar dasar laut pada Google Earth kerana hampir 2/3 muka bumi dilitupi lautan, dan perkara ini telah ditimbulkan oleh Dr. Sylvia Earle. Kini, para pengguna boleh turut sama menyelam ke dalam dasar lautan dan mengalami keindahan laut dengan senang dan mudah.
Selain daripada itu, Google Earth 5.0 turut memperkenalkan beberapa fungsi baharu yang lain, seperti: