Cari @ Amanz

Selepas Yahoo! Briefcase yang mana akan ditamatkan perkhidmatannya pada 30 Mac ini, Yahoo! sekali lagi mengumumkan bahawa mereka bakal mentup lagi satu servisnya, iaitu Ads in RSS. Melalui Ads in RSS, para pemilik laman web dan blog boleh meletakkan iklan pada Feed RSS mereka dengan mudah.

Perkhidmatannya itu akan ditamatkan serta-merta mulai hari ini, dan para pengguna yang masih menyertakan kod iklan mereka diminta membuangnya serta-merta. Perkara ini telah diemelkan kepada semua pesertanya, namun masih tiada pengumuman rasmi pada laman blog mereka.

Sekiranya anda menggunakan Yahoo! Ads in RSS, anda boleh mencuba beberapa alternatif lain seperti Google Adsense For Feeds, Feedvertising ataupun Pheedo. Program pengiklanan Yahoo! ini hanya dikhaskan kepada para pembangun laman yang membangunkan laman dalam bahasa Inggeris, dan para pembacanya daripada US.

Kredit : TechCrunch

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd