Sebelum ini, pada bulan November yang lepas, pihak pembangun Silverlight telah pun memulakan pembangunan Silverlight 3. Kini, pencabar bagi Adobe Flash ini dijangka akan memperkenalkan Silverlight 3 pada bulan Mac 2009 ini pada acara MIX09 yang mana bakal diadakan antara 18 hingga 20 Mac 09.
Silverlight 3 dijangka membawa beberapa perubahan dan evolusi yang mana membolehkan pengalaman aplikasi internet .NET dijalankan melalui pelayar web; membawa sokongan media ke tahap yang lebih tinggi (H.264); sokongan grafik yang lebih tinggi menggunakan GPU hardware acceleration berbanding 3D sebelumnya; dan pelbagai perkara baru yang bakal diperkenalkan kelak melalui MIX09.
Silverlight 2 telah dimuat-turun oleh lebih 200 juta komputer, dan sekaligus memudahkan Microsoft bersaing secara sihat dengan pesaingnya, Adobe Flash. Mungkin kelak, Silverlight akan disertakan sekali bersama sistem operasi Windows.