Twitter Mengubah Logonya Menjadi Lebih Kecil

Twitter Mengubah Logonya Menjadi Lebih Kecil

Diterbitkan pada Feb 3, 2009 oleh .

Setelah sekian lama menggunakan logo bersaiz besar, hari ini berlaku sedikit perubahan pada logo Twitter. Mereka kini telah mengubah logo Twitter menjadi lebih kecil sedikit, dan sekaligus menyamakannya dengan saiz navigasi laman tersebut. Selain daripada itu, juga terdapat tambahan pautan RSS pada setiap halaman di Twitter.

Logo Twitter Berubah
Antaramuka Halaman Twitter

Masih tidak diketahui mengapa Twitter telah mengubah saiz logonya. Namun beberapa andaian telah dibuat seperti berkemungkinan mereka akan memasukkan iklan pada laman mereka tidak lama lagi. Sehingga kini, Twitter masih tidak lagi menyertakan iklan dalam laman mereka, tetapi beberapa laman pihak ketiga telah membangunkan aplikasi yang mana menyertakan iklan dalam bentuk tweet di halaman ahlinya.


TIPS & ULASAN