Muat-Turun Skype Untuk Windows 4.0 Sekarang

Muat-Turun Skype Untuk Windows 4.0 Sekarang

Diterbitkan pada Feb 4, 2009 oleh .

Versi terbaru Skype untuk Windows telah pun dilancarkan, iaitu versi 4.0 yang mana memberikan panggilan berkualiti tinggi disamping mengurangkan penggunaan bandwith. Selain daripada itu, Skype untuk Windows 4.0 turut menyediakan saiz video yang lebih besar, dan panggilan video dengan hanya satu-klik sahaja.

Skype Untuk Windows
Antaramuka Skype Untuk Windows 4.0

Selain daripada itu, Skype 4.0 juga memperkenalkan serba sedikit antaramuka yang baru. Disebabkan hampir 25% panggilan antara pengguna Skype melibatkan panggilan video, rekabentuk kali ini lebih fokus akan panggilan video. Selain itu, anda juga berpeluang untuk memilih tahap panggilan video dan audio itu, samada tinggi atau rendah bergantung kepada kelajuan internet anda, sekaligus menjimatkan penggunaan bandwith.

Sebelum ini tersebar beberapa ura-ura mengatakan Google bakal memiliki Skype, namun tiada berita lanjut mengenainya. Google turut membangunkan panggilan video berkualiti tinggi pada aplikasi GMail-nya.


TIPS & ULASAN