Cari @ Amanz

Dalam usaha untuk memperluaskan penggunaan Google News, hari ini mereka memperkenalkan widget khas yang mana boleh disertakan ke dalam blog ataupun laman web anda. Anda boleh membina widget anda sendiri mengikut topik kegemaran anda, dan kod widget tersebut akan diberikan kepada anda untuk dimasukkan kedalam laman web ataupun blog.

Widget Google News
Contoh Widget Google News Yang Di Perkenalkan

Widget tersebut seterusnya akan memperlihatkan berita-berita daripada laman Google News mengikut kata kunci yang anda pilih, dan berita akan dipusingkan secara rawak melalui penggunaan AJAX. Anda boleh pilih pelbagai kata kunci seperti Perak, Najib Razak, Hiburan dan sebagainya untuk disertakan, dan kod widget tersebut akan diberikan kepada anda. Mungkin ini salah satu cara untuk Google mendapatkan pembaca baru membaca berita di Google News, disamping pembaca sedia adanya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd