Ingat lagi berkenaan berita mengenai rancangan kerajaan India untuk memperkenalkan laptop yang cuma berharga RM40 sahaja sebelum ini? Nampaknya, bak kata Ariff Samani melalui komennya, ianya hanyalah permainan orang hindustan semata-mata, dan ianya sebenarnya bukanlah laptop sebenarnya. Sebaliknya hanyalah salah suatu gajet menyimpan data.
Bentuk Prototaip Laptop Rs500 Yang Di Hebohkan [via]
Ianya jauh menyerupai sebuah laptop, dengan tiadanya skrin dan papan kekunci, ianya bersaiz lebih kurang 10×5-inch. Ianya dikatakan bakal digunakan untuk mengedarkan bahan bacaan kepada pelajar yang kurang berada. Masih tidak begitu diketahui mengapa sebelum ini mereka mengura-urakannya sebagai sebuah laptop, malah spesifikasi 2Gb RAM dan sokongan WiFi juga jauh berkaitan dengannya.
Kredit : Awqi Zar