Microsoft Mengemaskini 100 TB Data Pada Virtual Earth

Microsoft Mengemaskini 100 TB Data Pada Virtual Earth

Diterbitkan pada Feb 5, 2009 oleh .

Setelah Google mengemas-kini aplikasi Google Earth mereka kepada versi baru dan ditambah dengan beberapa sokongan dan fungsi baru, semalam Microsoft mengumumkan mengenai kemaskini data-data pada Virtual Earth yang bersaiz lebih 100 TB. Kemaskini terbaru ini membawa imej-imej baru dari seluruh dunia dengan tumpuan yang lebih diberikan kepada benua Eropah dan juga semestinya Amerika Syarikat.

Virtual Earth
Imej Virtual Earth Terbaru [via]

Data dan imej terbaru ini didapatkan dengan hasil daripada kerjasama bersama DigitalGlobe, imej satelit yang mana Microsoft memperolehi lesennya beberapa bulan yang lepas. Kini, anda boleh melihat pandangan yang lebih menarik untuk beberapa negara seperti Perancis, Jerman, Belanda dan sebagainya.

Virtual Earth
Imej Virtual Earth Terbaru [via]

Benua Asia terutama Malaysia masih lagi belum diberi perhatian yang serius samaada oleh Google Earth mahupun Virtual Earth, dan mungkin kita perlukan servis tempatan kita sendiri.


TIPS & ULASAN